Pages

Friday, September 27, 2013

APE ITU WHIPPING CREAM ?

ASSALAMUALAIKUM

Masa dulu saya tak de lah keliru sangat. coz sebelum saya minat benda ni, saya ada pergi khusus yang pihak giat mara anjurkan.... lagipun kat sana semua benda free makan, minuman dan belajar pun free dan yang paling seronoknya lepas masak kek, saya boleh
bawak balik ....  

Non Dairy Wipping Cream ( krim putar bukan tenusu ) dan Dairy Wipping cream (krim bukan tenusu)

JOM sama-sama kita share ilmu allah s.a ini.

Whipping cream atau krim putar, mudah didapati di kedai-kedai menjual bahan kek tapi tidak di pasaraya. 

Perbezaan antara Non Dairy Whipping Cream dan Dairy Whipping cream

Non-Dairy Whipping Cream Krim Putar Bukan Tenusu
Non-Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream

Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. la dirumus daripada minyak sayuran dan sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. ini menjadi ia tidak stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. ia akan kembang 3-4 kali ganda daripada kualiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituan lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. ia juga juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 bigi kek bersaiz 8 inci ( lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair ). sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja.


Kegunaan dan cara menggunakannya

Krim putar bukan tenusu hendaklah disimpan ditempat beku supaya tahan lebih lama. oleh itu apabila kita hendak menggunakannya hendaklah dikeluarkan lebih awal untuk proses nyah beku. tapi pastikan bukan pada suhu bilik... ia sebati hanya perlu dicairkan sahaja dan berada dalam kadar sejuk. oleh itu adalah penting kita mengoncang dahulu kotak supaya ia sebati kerana kandungan krim dan air biasanya terpisah semasa proses pembekuan dalm freeze. tuangkan hanya dalm sukatan yang diperlukan sahaja. untuk 1 liter boleh digunakan untuk membuat 3 biji kek. krim putar pula akan mengembang sehingga berkali ganda.
sebelum melakukan proses memutar, pastikan semua bahan seperti mangkuk mixer dan alat pemukul dalm keadaan sejuk ( boleh simpan sekejap peralatan dalm peti ais ) ini adalah
untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengembangan krim.

Mulakan proses memukul krim pada kelajuan perlahan dan tambahkan kelajuan apabila melihat krim sudah mula mengental. Perlahankan kelajuan bila krim sudah mula licin dan bertanduk. Kebiasaan masa yang diambik untuk memukul krim lebih kurang 2 minit. Krim yang diputar sempurna biasanya licin dan halus tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kaku. Untuk mendapatkan tekstur krim yang cantik putar pada satu arah shaja. Krim putar bukan tenusu ini telah tersedia kemanisannya, tetapi jika inginkan rasa yang lebih manis bolehlah tambah sedikit gula halus. Krim putar ini boleh diwarnakan dengan pewarna masakan gel. Letakkan pewarna sewaktu proses memutar. Jangan gunakan pewarna cecair kerana dibimbangi jika terlabih bahan cecair akan menganggu proses kekentalan krim.

Bagaimana pula caranya untuk menyimpan lebihan krim?

Krim yang lebih boleh digunakan semula. simpan dalm bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais. Ia boleh digunakan semula bila diperlukan. Biasanya krim ini tidak tahan lama.

Krim ini tidak tahan panas. Untuk kek pertunangan dan perkahwinan, kek bersalut krim ini tidak sesuai dilekkan di luar. Ia hendaklah disimpandi dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak dihidangkan.

Di bawah ini adalah beberapa produk Non Dairy Whipping Cream


Yang ni orang banyak guna


Yang ni perisa coklat..


Kalau nak tambah perisa boleh guna yang ni....

Dairy Whipping Cream ~ Krim putar tenusu
Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ THICK CREAM ATAU DAUBLE CREAM

Adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35% lemak susu. Ia sesuai
digunakan dalam masakan barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala barat. Ia hedaklah dipukul dengan kelajuan serderhana hingga ia menjadi kental dan boleh dimasukkan dalam masakn- masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti black forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama. Kesimpulannya, DAIRY WHIPPING CREAM yang juga dikenali sebagai THICK CREAM atau DOUBLE CREAM tidak sesuai untuk dibuat kek kerana faktor yang dijelaskan tadi. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya besar.

Sila lihat tanda halal dan kandungan sebelum membelinya ok....

Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen penekat) sebagai contoh untuk menyediakan Ganache. ia boleh digantikan dengan bahan lain, namun tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikuatiri akan menjejaskan cecair dalam masakan.

Kegunaan dan cara menggunakannya

Seperti Non-Dairy Whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam peti sejuk tapi tidak perlu disimpan ditempat beku. Gunakan sebelum tarikh luput yang tentera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, alat memukul dan krim putar di dalam peti sejuk. Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Resepi yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini. CONTOH : triffle atau tiramisu mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan dessert tersebut dalm peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.









Cara memutarnya perlulah dalam kadar sederhana, tapi pastikan adunan tidak terlabih pukul. Adunan whipping cream yang terlebih pukul akan mencair semula, dan boleh seperate atau terpisah, menghasilkan butter (gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair putih - kekuningan). Jika ini terjadi jangan dibuang sebaliknya tapis  dan gunakan homemade butter anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi seperti pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa macam susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat.



Antara contoh product Dairy Whipping Cream di pasaran. 
Pastikan tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.
Hanya Anchor sahaja yang boleh digunakan, 2 lagi jenama tidak pasti pula 
tanda halalnya.


No comments:

Post a Comment