Pages

Sunday, September 29, 2013

CHOCOLATE CHEESE CAKE

KEK COKLAT KUKUS

BAHAN - BAHAN :
1 CWN GULA#
1 CWN SUSU PEKAT#
1 CWN SUSU SEJAT ( SUSU CAIR ) #
1 CWN MINYAK JAGUNG / MINYAK MASAK #
1 CWN SERBUK KOKO # (di ayak)
1 1/2 CWN GANDUM + 1 TSP SODA BIKABONAT (di ayak)
3 BIJI TELUR


CARA - CARA :

  1. Campurkan semua bahan yang bertanda # dan kacau di atas api yang sederhana sehingga gula hancur.
  2. Matikan api dan biarkan ia sejuk. Panaskan pengukus and buat lapisan cream cheese dulu.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil kacau .
  4. Masukkan tepung yang telah diayak, gaul kesemuanya hingga sebati.
  5. Isikan 1/4 acuan dan kukus sehigga masak.( coz nanti dia naik )
  6. Kemudian tuangkan cheese ke atas kek yang telah masak dan kukus lagi ye.
  7. Lepas tu masukkan lapisan ketiga iaitu adunan kek coklat, kukus sehingga masak.
  8. Sejukkan dan hias mengikut citarasa masing -masing.

LAPISAN CHEESE :

BAHAN - BAHAN :
250 G CREAM CHEESE
3 TBS GULA KASTOR
1 BIJI TELUR
1 TBS BESAR TEPUNG GANDUM
2 TBS BESAR AIR


CARA - CARA :

  1. Pukul cream cheese dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan tepung, air dan telur. Pukul sebentar hingga sebati.
  3. Sedia untuk digunakan. 


UNTUK HIASAN ( GANACHE SIMPLE )

BAHAN - BAHAN :
150 G COOKING CHOCOLATE
1/4 CWN SUSU CAIR
1 TBS SUDU MINYAK BESAR (SAYURAN/MASAK)

CARA - CARA :


  1. Cairkan susu dan cooking choc yang dipotong kecil dengan kaedah double boiler.
  2. Padamkan api dan kacau hingga choc cair.
  3. Masukkan minyak dan kacau.
  4. Biar dalam 5 - 10 minit. Kemudian curah atas kek. 

No comments:

Post a Comment