Pages

Monday, September 30, 2013

KEK HOKKAIDO

KEK CHIFFON

BAHAN-BAHAN A:
8 biji telur putih
8 sudu besar gula
1 sudu teh cream of tar tar

BAHAN-BAHAN B :
8 sudu besar gandum
4 sudu besar minyak
4 sudu air
1 sudu teh esen vanilla
8 biji kuning telur

CARA-CARA:

  1. Masukkan minyak, air, esen vanilla, kuning telur dan kacau hingga rata.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata.
  3. Di bekas yang lain, masukkan bahan A dan pukul hingga kembang 4 kali ganda.( pastikan guna bekas yang besar)
  4. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke adunan A.
  5. Pukul hingga rata.
  6. Bolehlah masukkan ke dalam acuan yang anda suka.
  7. suhu 170' dan masa 20 min.
* Pastikan peralatan kering dan jangan bagi setitik air pun masuk dalam telur putih.

CREAM CUSTARD

BAHAN-BAHAN:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml uht whipping
1 biji telur
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanilla

CARA-CARA:

  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, dan gula ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan 1-2 besar susu. Kacau rata jangan ada berketul-ketul.
  3. Masukkan telur dan kacau lagi.
  4. Masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  5. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
  6. Masak hingga pekat.
  7. Masukkan mentega dan kacau rata.

# Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dengan api sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.

CREAM PUTIH

BAHAN-BAHAN:
250 ml non dairy wipping cream
3 sudu besar gula aising

CARA-CARA:

  1. Campurkan kesemua bahan.
  2. Pukul sampai dia naik 3 kali ganda.
# Jangan pukul lama sangat nanti ia terasing.

CARA NAK MASUKKAN CREAM

  • Cucuk nozel pada kek dan picitkan. Hias mengikut kreativiti masing-masing.

Sunday, September 29, 2013

CHOCOLATE CHEESE CAKE

KEK COKLAT KUKUS

BAHAN - BAHAN :
1 CWN GULA#
1 CWN SUSU PEKAT#
1 CWN SUSU SEJAT ( SUSU CAIR ) #
1 CWN MINYAK JAGUNG / MINYAK MASAK #
1 CWN SERBUK KOKO # (di ayak)
1 1/2 CWN GANDUM + 1 TSP SODA BIKABONAT (di ayak)
3 BIJI TELUR


CARA - CARA :

  1. Campurkan semua bahan yang bertanda # dan kacau di atas api yang sederhana sehingga gula hancur.
  2. Matikan api dan biarkan ia sejuk. Panaskan pengukus and buat lapisan cream cheese dulu.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil kacau .
  4. Masukkan tepung yang telah diayak, gaul kesemuanya hingga sebati.
  5. Isikan 1/4 acuan dan kukus sehigga masak.( coz nanti dia naik )
  6. Kemudian tuangkan cheese ke atas kek yang telah masak dan kukus lagi ye.
  7. Lepas tu masukkan lapisan ketiga iaitu adunan kek coklat, kukus sehingga masak.
  8. Sejukkan dan hias mengikut citarasa masing -masing.

LAPISAN CHEESE :

BAHAN - BAHAN :
250 G CREAM CHEESE
3 TBS GULA KASTOR
1 BIJI TELUR
1 TBS BESAR TEPUNG GANDUM
2 TBS BESAR AIR


CARA - CARA :

  1. Pukul cream cheese dengan gula hingga kembang
  2. Masukkan tepung, air dan telur. Pukul sebentar hingga sebati.
  3. Sedia untuk digunakan. 


UNTUK HIASAN ( GANACHE SIMPLE )

BAHAN - BAHAN :
150 G COOKING CHOCOLATE
1/4 CWN SUSU CAIR
1 TBS SUDU MINYAK BESAR (SAYURAN/MASAK)

CARA - CARA :


  1. Cairkan susu dan cooking choc yang dipotong kecil dengan kaedah double boiler.
  2. Padamkan api dan kacau hingga choc cair.
  3. Masukkan minyak dan kacau.
  4. Biar dalam 5 - 10 minit. Kemudian curah atas kek. 

Friday, September 27, 2013

APE ITU WHIPPING CREAM ?

ASSALAMUALAIKUM

Masa dulu saya tak de lah keliru sangat. coz sebelum saya minat benda ni, saya ada pergi khusus yang pihak giat mara anjurkan.... lagipun kat sana semua benda free makan, minuman dan belajar pun free dan yang paling seronoknya lepas masak kek, saya boleh
bawak balik ....  

Non Dairy Wipping Cream ( krim putar bukan tenusu ) dan Dairy Wipping cream (krim bukan tenusu)

JOM sama-sama kita share ilmu allah s.a ini.

Whipping cream atau krim putar, mudah didapati di kedai-kedai menjual bahan kek tapi tidak di pasaraya. 

Perbezaan antara Non Dairy Whipping Cream dan Dairy Whipping cream

Non-Dairy Whipping Cream Krim Putar Bukan Tenusu
Non-Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream

Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. la dirumus daripada minyak sayuran dan sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. ini menjadi ia tidak stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. ia akan kembang 3-4 kali ganda daripada kualiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituan lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. ia juga juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 bigi kek bersaiz 8 inci ( lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair ). sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja.


Kegunaan dan cara menggunakannya

Krim putar bukan tenusu hendaklah disimpan ditempat beku supaya tahan lebih lama. oleh itu apabila kita hendak menggunakannya hendaklah dikeluarkan lebih awal untuk proses nyah beku. tapi pastikan bukan pada suhu bilik... ia sebati hanya perlu dicairkan sahaja dan berada dalam kadar sejuk. oleh itu adalah penting kita mengoncang dahulu kotak supaya ia sebati kerana kandungan krim dan air biasanya terpisah semasa proses pembekuan dalm freeze. tuangkan hanya dalm sukatan yang diperlukan sahaja. untuk 1 liter boleh digunakan untuk membuat 3 biji kek. krim putar pula akan mengembang sehingga berkali ganda.
sebelum melakukan proses memutar, pastikan semua bahan seperti mangkuk mixer dan alat pemukul dalm keadaan sejuk ( boleh simpan sekejap peralatan dalm peti ais ) ini adalah
untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengembangan krim.

Mulakan proses memukul krim pada kelajuan perlahan dan tambahkan kelajuan apabila melihat krim sudah mula mengental. Perlahankan kelajuan bila krim sudah mula licin dan bertanduk. Kebiasaan masa yang diambik untuk memukul krim lebih kurang 2 minit. Krim yang diputar sempurna biasanya licin dan halus tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kaku. Untuk mendapatkan tekstur krim yang cantik putar pada satu arah shaja. Krim putar bukan tenusu ini telah tersedia kemanisannya, tetapi jika inginkan rasa yang lebih manis bolehlah tambah sedikit gula halus. Krim putar ini boleh diwarnakan dengan pewarna masakan gel. Letakkan pewarna sewaktu proses memutar. Jangan gunakan pewarna cecair kerana dibimbangi jika terlabih bahan cecair akan menganggu proses kekentalan krim.

Bagaimana pula caranya untuk menyimpan lebihan krim?

Krim yang lebih boleh digunakan semula. simpan dalm bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais. Ia boleh digunakan semula bila diperlukan. Biasanya krim ini tidak tahan lama.

Krim ini tidak tahan panas. Untuk kek pertunangan dan perkahwinan, kek bersalut krim ini tidak sesuai dilekkan di luar. Ia hendaklah disimpandi dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak dihidangkan.

Di bawah ini adalah beberapa produk Non Dairy Whipping Cream


Yang ni orang banyak guna


Yang ni perisa coklat..


Kalau nak tambah perisa boleh guna yang ni....

Dairy Whipping Cream ~ Krim putar tenusu
Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ THICK CREAM ATAU DAUBLE CREAM

Adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35% lemak susu. Ia sesuai
digunakan dalam masakan barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala barat. Ia hedaklah dipukul dengan kelajuan serderhana hingga ia menjadi kental dan boleh dimasukkan dalam masakn- masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti black forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama. Kesimpulannya, DAIRY WHIPPING CREAM yang juga dikenali sebagai THICK CREAM atau DOUBLE CREAM tidak sesuai untuk dibuat kek kerana faktor yang dijelaskan tadi. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya besar.

Sila lihat tanda halal dan kandungan sebelum membelinya ok....

Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen penekat) sebagai contoh untuk menyediakan Ganache. ia boleh digantikan dengan bahan lain, namun tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikuatiri akan menjejaskan cecair dalam masakan.

Kegunaan dan cara menggunakannya

Seperti Non-Dairy Whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam peti sejuk tapi tidak perlu disimpan ditempat beku. Gunakan sebelum tarikh luput yang tentera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, alat memukul dan krim putar di dalam peti sejuk. Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan sejuk. Resepi yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini. CONTOH : triffle atau tiramisu mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan dessert tersebut dalm peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.









Cara memutarnya perlulah dalam kadar sederhana, tapi pastikan adunan tidak terlabih pukul. Adunan whipping cream yang terlebih pukul akan mencair semula, dan boleh seperate atau terpisah, menghasilkan butter (gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair putih - kekuningan). Jika ini terjadi jangan dibuang sebaliknya tapis  dan gunakan homemade butter anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi seperti pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa macam susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat.



Antara contoh product Dairy Whipping Cream di pasaran. 
Pastikan tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.
Hanya Anchor sahaja yang boleh digunakan, 2 lagi jenama tidak pasti pula 
tanda halalnya.


Thursday, August 29, 2013

Tip KesIHatAN

TIP KESIHATAN------------------------------------------------------------------------------

Gunakan telinga kiri ketika
Menjawab telefon. Telinga 
Kanan akan memberi effact

Terus kepada otak.

======================-

Jangan mengambil ubat dengan
Air sejuk.

======================

Elak makanan berat selepas jam
5.00 petang. Kerana proses percernaan
Berlaku dengan perlahan.

=======================

Minum lebih air waktu siang,
kurang bila waktu malam.

=======================

Masa tidur paling sesuai ialah dari
10.00 malam hingga 4.00 pagi.

========================

Jangan terus berbaring selepas 
makan ubat.

======================
Bila bateri sudah tinggal 1 garis,
jangan jawab kerana paras radiasinya
Adalah 1000x ganda.


Tuesday, August 27, 2013

sukatan imperial / metrik

Apabila seseorang nak belajar memasak..dia akan beli buku resipi but x tahu maksud maksud dia....
macam 1 1/2 cawan , dia akan tertanya-tanya berapa timbangan dia / kena guna cawan kopi tu ke  n macam-macam lagi ... ini buatkan diaorang rasa memasak ni leceh dan akan patah semangat untuk masak..... ape-ape pun ini pernah berlaku kat saya !@# peace:) ok , ini dapat membantu korang...........;;)


Sukatan Imperial
Sukatan Metrik
Sukatan Cawan Metrik
(anggaran)
Sukatan Cecair Metrik
(anggaran)
1/2 oz
15 g

-

-
1 oz
30 g
1/4 cawan
60 ml
2 oz
60 g
1/3 cawan
100 ml
3 oz
90 g
1/2 cawan
125 ml
4 0z
125 g

-
150 ml
6 oz
185 g
3/4 cawan
180 ml
8 oz
250 g
1 cawan
250 ml
12 oz
375 g
1 1/4 cawan
310 ml
16 0z
500 g
1 1/2 cawan
370 ml
24 0z
750 g
2 cawan
500 ml
32 0z
1000 g
2 1/2 cawan
625 ml
3 Ib
1500 g 
(1 .5 kg)

-

-

1 tahil = 38 g

3 tahil = 100 g

1 kati = 600 g

 
1 cawan metrik = 250 ml

4 cawan metrik = 1000 ml (1 liter)

1 sudu teh metrik = 5 ml

1 sudu meja metrik = 20 ml


Lain-lain Sukatan (anggaran) :


1 cawan gula/gula halus = 7 oz / 200 g

1 cawan beras = 6 oz / 185 g

1 cawan tepung = 4 oz / 125 g

1 cawan sagu = 5 oz / 140 g

1 cawan serbuk koko = 3 oz / 100 g

1 cawan horlicks = 3 oz / 100 g

1 cawan serbuk coklat = 3 oz / 100 g

1 cawan oats = 2 oz / 80 g

1 cawan cornflake = 30 g

 

Imperial
Sukatan Metrik
(anggaran)
Imperial
Sukatan Metrik
(anggaran)
1/16 inci
1 mm
2 1/2 inci
63 mm / 6.3 cm
1/8 inci
3 mm
3 inci
76 mm / 7.6 cm
1/6 inci
4 mm
4 inci
100 mm / 10 cm
1/5 inci
5 mm
5 inci
126 mm / 
12.6 cm
1/4 inci
6 mm
6 inci
150 mm / 15 cm
1/2 inci
12 mm / 1.2 cm
7 inci
176 mm / 
17.6 cm
3/8 inci
9 mm / 1 cm
8 inci
200 mm / 20 cm
5/8 inci
15 mm / 1.6 cm
9 inci
230 mm / 23 cm
3/4 inci
18 mm / 1.8 cm
10 inci
250 mm / 25 cm
1 inci
25 mm /2.5 cm
12 inci / 
1 kaki
302 mm / 30 cm
1 1/4 inci
31 mm / 3.1 cm
36 inci / 1 ela
906 mm / 90 cm
1 1/2 inci
38 mm / 3.8 cm
60 inci
1500 mm / 
150 cm / 1 .5 m
2 inci
50 mm / 5 cm



cm = sentimeter

mm = milimeter

m = meter
 
Angaran timbangan
 
TEPUNG....1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram

GULA KASTOR....1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

MENTEGA....1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

CECAIR....1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 liter
 
@_@ panjang nye



Sunday, August 25, 2013

CORNFLAKE DROP

assalammualaikum ..........

salah satu biskut kegemaran saya and biskut ni dah masuk list biskut raya saya.....
biskut ni boleh buat macam cookies dan boleh juga buat dalam papercup......
ikut citarasa masing-masing lah ye....last-last masuk dalam perut jugak. ;]

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cwn tepung kek ( t. naik sendiri)
  • 1/2 cwn gula halus
  • 250g majerin / buttercup
  • 1 biji telur
  • 1 tsp esei vanilla
  • ~400-500g cornflakes
Cara-cara


  1. Panaskan oven anda..
  2. Ramas cornflekes dengan kasar.
  3. Pukul butter dan gula hingga agak kembang.# jangan pukul lama sangat
  4. Masukkan telur dan vanilla kacau hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga rata dengan senduk kayu. # adunan ni agak lembik
  6. gunakan dua sudu kecil ~ 1/2 sudu kecil dan dropkan ke dalam cornflakes gaulkan dan susun dalam Loyang jarakan sedikit semasa dibakar adunan ini akan leper macam cookies
  7. bakar ~ 15-20 (160c) hingga agak kekuningan .


ni contoh yang saya ambik kat google..:)

http://www.myresipi.com/picture/image/13842/large/cornflakes_drop_siap.jpg?1342789138
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFSX4ilVAq473qSQyJgELbxX7m3gfa1NSfMDCW6xTJro3k2OkAEBc7hPMWwjDj-zcI4P0gwqdkM6uNwjwqV7H4RThI6Ozgc3FRkjKncn2_MmOfRAT3lMSqYlu5sbz7AzOtUj2ahvg3WDw/s320/cornflake.jpg
# boleh tambah hiasan untuk nampak ceria


Saturday, August 24, 2013

REsiPi KeK pISanG

ASSALAMMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA , semua :)

Hari ape lah yang merasuk tiba-tiba nak buat kek pisang, ape-ape pun sebenarnya kek pisang ni kegemaran adik saya yang paling kecil but dia x sedar yang dia tu kecil... huh menyampah.... walaubagaimanapun I love my family:);)

ok,bukak mata luas-luas nak mula dah ni,,,,,

Bahan-bahan

7 biji pisang berangan
2 tsp soda bikarbonat
5 biji telur
2 cwn gula halus
1 tsp kecil esen vanilla
3 cwn tepung gandum

Cara-cara

  1. pisang, minyak dan soda bikarbonat dibender sampai lumat.
  2. gunakan mixer untuk pukul telur dan gula hingga sebati. masukkan bersama esen vanilla
  3. masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula.
  4. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. kacau hingga sebati.
  5. masukkan ke dalam acuan. bakar 25-30 minit, suhu 180c



SELAMAT MENCUBA, ACI2 FITHING




Friday, August 23, 2013

homemade (tepung naik sendiri)


Resipi ni saya ambik dari salah satu hamba allah........
saya dah try guna dah..... ape-ape pun thank la bagi ni.
benda ni sangat berguna...... kita pergi ke tajuk utama kita ye..

Bahan-bahan

1 cwn tepung gandum
1 tsp  baking powder

Cara-cara

  1. campurkan semua
  2. ayak 3 kali
  3. sedia untuk digunakan


Hope benda ni berguna untuk korang jugak...assalammualaikum